P'bEaR

Wednesday, December 5, 2007

Cara-cara Buat Duit Sampingan (OD)

Bace ni korang semo, mcm mane nak buat duit sampingan. Buka minda tu ckit..
Ade duit Jgn dok melabur x tentu pasai masuk MLM, HYIP n seangkatan lah....Kene pandai curi peluang, ni x lewat bayar skit bank je yg charge kite...Ambik pen tulih kat nota tu...x de pen !!!! ambik je arang kat dapor tulih je kat dinding janji ingat......

Konsep : Perlukan duit sebanyak Enam (6) Bulan Gaji Kasar Selepas ditolak hutang2 CC or Along
Cara2 nak mendapatkan duit tu ialah (mengikut ranking)
1) Duit simpanan sendiri
2) Duit Pinjam dari Family or Kawan2 (sebab tak de interest)
3) Refinance Rumah (at daily rest) - sebab interest dia rendah)
4) Personal Loan (bank yg offer bagus: Bank Rakyat, Bank Islam dan BSN)


Langkah2 seterusnya:

1) Bila dah dapat duit tu (at least sebanyak 6 bulan Gross Salary tolak Hutang2 CC/Along) dari 4 cara yg tersebut di atas, ko org belilah ASB (jgn tinggal 1 senpon baki duit loan tu melainkan ASBBBB kesemuanya)

2) Ko org pergi pejabat PNB (Kalau KL, kat Jln Tun Razak), tukarkan ASB ko org tu ker Sijil ASB (10min tak sampai proses tukar ke sijil ni....jgn lupa bwk buku ASB)

3) Ko org bwk sijil tu pergi ke bank (RHB recommended coz %rate rendah) then apply OverDraft Facility (OD). Biasanya proses kelulusan OD ni mengambil masa lebih kurang 3minggu (CTOS and CRIS tak boleh, application kene reject nanti). RHB akan offer 95% drp jumlah sijil ASB ko org (OD limit-maksudnya duit yg ko org boleh pakai dari OD tu-eg: Kalau sijil ASB ko org bernilai RM100K, so OD limit ko org nanti RM95k)

4)Selepas OD ko org tu approved, ko org akan dapat
a)ATM card,
b)DotCom Card <---utk internet banking
c)Cheque book

5) Dah dapat semua nie....pakailah duit2 ko org tu. Kelebihan kat sini, selain ko org boleh pakai duit loan tu buat bayar/belanja suka2 ati ko org....by year end ko org akan dapat dividen ASB (sebab ko org ada sijil....walaupon sijil tu bank pegang, tapi dividen tu tetap ko org dpt). Sebab OD interest ni cuma BLR + 0 'daily rest' (yg RHB offer skrg nie, kalau tak silap aku ahhh....nak tahu lagi, tanya RHB). Makna nya kalau ko org pakai habis duit dari OD tu pada hari pertama ko org dpt OD, interest charge yg ko org kene cuma RM6,750 (BLR=6.75) selama setahun, tapi dividen ASB ko org akan dapat RM10,000 (assume 10% per year)....so, simple calculation camni pon ko org dah untunggg....

Seperti yg aku cakap kat step No 5 tu, ko org pakailah duit OD tu sebagaimana niat/hasrat ko org tapi bukan untuk enjoy sesuka hati....baca teknik ni sampai habis!

6) Ko org kene check betul2 segala due date hutang2 ko org (hutang rumah, kereta, creditcard, loans etc). Dah confirm semua due dates tu, ko org pastikan semua payment tu diselesaikan sebelum atau pada hari due date tu dengan menggunakan samada duit cash (yg dicucuk dari OD) ataupun guna cek (dah ada buku cek kannn..) Contohnya, katakan semua due date hutang2 ko org tu pada 30hb (jarang semua due date sama), so ko org kene bayar hutang2 tu pada 30hb….ada pahamm??

7) [color="red]Pada 30hb setiap bulan, ko org mesti mengeluarkan at least 20-30% dari nett monthly income (kalau gaji rm1k, draw rm200 to 300) dari OD tu sebagai ko org punya monthly saving dgn cara membeli ASB lagi (yg ni jgn tukar ke sijil).[/color]

8) Selepas membayar semua hutang2 bulanan dan membuat saving (beli ASB pd 30hb), ko org kene masukkan pulak segala duit2 income ko org ke dalam account OD tu (OD ni sebenarnya Current Account) sehari selepas itu iaitu pada 31hb atau 1hb (utk meminimumkan interest charges daripada OD).

Kalau ko org ikut steps 5 to 8 tu betul2, insyaAllah hutang2 bulanan ko org semua boleh setel dan pada masa yang sama ko org akan ada fixed monthly saving. Aku bagi contohlah…let say;
a) Ko org ada ASB cert sebanyak RM100K, jadi OD ko org cuma RM95K.
b) Gaji bersih ko org RM3000 (ldlm payslip - lepas tolak epf & incometax)
c) Jumlah hutang bulanan ko org RM2000
d) Duit belanja dapur, poket, makan etc RM1000
skrg ko org just break even or kais pagi makan pagi….imposible utk buat saving kann??
e) So setiap bulan ko org hanya menggunakan +-RM1000 sahaja dari duit OD ko org yg berjumlah RM95K tu utk dibuat saving. (actually lagi besar OD ko org, lagi banyak monthly saving yg ko org boleh buat)
f) Untuk bulan seterusnya jumlah OD ko org akan berkurang kepada RM94K…tapi jumlah ASB ko org semakin bertambah setiap bulan….kan?kan?. Interest yg dikenakan adalah terlalu minima, iaitu 6.75 (BLR) per annum (coz of daily rest)

Gunalah OD tu sampai ko org mampussss…

Tuesday, December 4, 2007

Gaji dan keistimewaan menteri, apa kata rakyat Malaysia?

Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikan seolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyat memandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit pun terjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan harga barang yang membebankan.

Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000

2. Elaun Keraian RM9,500.00

3. Elaun Perumahan RM9,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber

Kata pemberi maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang

Tuesday, November 27, 2007

Puisi Wiji Thukul Pejuang Ketidakadilan Pemerintahan Kediktatoran Suharto

Jika rakyat pergi
ketika penguasa pidato
kita harus hati-hati
barangkali mereka putus asa.

Kalau rakyat sembunyi
dan berbisik-bisik
ketika membicarakan masalahnya sendiri
penguasa harus waspada dan belajar mendengar.

Bila rakyat tidak berani mengeluh
itu artinya sudah gawat
dan bila omongan penguasa
tidak boleh dibantah
kebenaran pasti terancam.

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan
dituduh subversif dan mengganggu keamanan
maka hanya ada satu kata: lawan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wiji Thukul,
Solo 1986.

Bukti Penipuan Pilihan Raya

1 : Pada tahun 1999, SPR mendakwa mereka tidak 'mempunyai masa yang mencukupi' untuk meluluskan daftar pengundi yang mendaftar pada Mei untuk pilihan raya yang berlansung pada November.Kelulusan katanya mengambil masa tiga bulan.Ini jelas sekali satu usaha yang terancang untuk menafikan seramai 680,000 pengundi baru ketika era reformasi (1998-1999).

2 : Pada tahun 2004, daerah mengundi tidak wujud ditemui di Parlimen Gombak, di mana wujud dua daerah mengundi dengan nama yang sama (Kemensah 098/18/04) tetapi memberikan dua keputusan yang berbeza.

3 : Pada tahun 2004 juga, rekod mencatatkan Ali Bin Omar (No.K/P 280903-02-5057), iaitu bapa kepada pemimpin KeADILan, Azmin Ali yang telah meninggal dunia pada tahun 2001 hadir mengundi pada tahun 2004 dengan mengundi BN.

4 : Pada pilihan raya 2004 juga, 37.6 peratus daripada pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai didapati mempunyai alamat yang tidak boleh dikesan.Menurut daftar pengundi seramai 141 pengundi mendaftar di satu alamat iaitu di sebuah kedai kecil beratap zink di lot 4742 Bukit B, Kampung Kerinchi.

5 : Pada pilihan raya kecil Dun Ijok, sebanyak 142 kertas undi tidak dipulangkan dari Peti Undi 4 daerah mengundi di Pekan Batang Berjuntai Bestari Utara.

6 : Oktober 2007, di kawasan Parlimen Ipoh Timur yang merupakan kubu kuat DAP, didapati wujud 8463 pengundi baru dalam kawasan itu dalam masa hanya tiga bulan sahaja.Sebelum ini Parlimen tersebut mempunyai 48,000 pengundi berdaftar dan pembangkang memenanginya dengan majoriti 9774 undi.

Friday, November 16, 2007

AL-JAZEERA BUKA MATA DUNIA




Al-Jazeera diserang kerana kononnya memberikan laporan berat sebelah dan tidak mencerminkan keadaan sebenar terhadap apa yang berlaku pada hari Sabtu lepas 10 November bersempena Perhimpunan Aman Bersih di Kuala Lumpur.

Al-Jazeera yang ketika itu membuat laporan terus dari perkarangan Masjid Jamek dikatakan, kononnya, berhasrat memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan Malaysia.

Sebagai sebuah rangkaian berita berstatus antarabangsa yang bebas dan berwibawa (dan mempunyai pangkalan pula di Kuala Lumpur), Al-Jazeera cuba menangkis serangan kerjaan itu dengan mengadakan sebuah majlis forum bagi membincangkan secara terbuka perhimpunan tersebut dan tuntutan yang dibuat oleh Bersih.

Dengan beraninya Al-Jazeera telah mengundang Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Turut diundang adalah Malik Imtiaz, seorang peguam hak asasi tempatan. Pengacara terkenal, Teymnoor Nabil telah bertindak sebagai moderator.

(Menurut Jeff Ooi, Zainuddin Maidin pada awalnya diundang, tapi menolak. Takut?)

Rampas forum

Kepada mereka yang sempat menonton rancangan ini akan dapat memerhatikan betapa Nazri dan Khairy terutamanya cuba seolah mahu merampas forum tersebut untuk kepentingan mereka (mungkin mereka terlupa yang ini bukan rancangan RTM, dan moderatornya bukan Johan Jaafar), tetapi ternyata pengalaman Teymnoor berjaya menangani keghairahan dan ego kedua-dua pemimpin Umno itu.

Banyak point yang menarik yang telah dibangkit dan dibahaskan. Saya kagum melihat betapa dengan penuh terkawal dan profesionalisme yang menyerlah, Malik Imtiaz berjaya memberikan input dan ulasan yang menarik selain mematahkan tohmahan, fitnah dan serangan kedua-dua Nazri dan Khairy itu.

Apabila Teymnoor menyatakan yang media arus perdana seakan cuba menggelap dan memutar-belitkan perhimpunan terbesar dan bersejarah rakyat Malaysia itu, Nazri melompat mempertahankan media arus perdana tempatan.

Kata Nazri, mereka berhak melaporkan apa yang mahu dan sesungguhnya tidak ada masalah dengan kebebasan media di Malaysia.

Malik menafikan kenyataan menteri itu dengan menegaskan bahawa hakikatnya media tempatan di Malaysia dikongkong menurut kemahuan kerajaan yang memerintah.

Kedua-dua Nazri dan Khairy cuba menggambarkan yang perhimpunan Bersih itu sia-sia dan tidak mencerminkan hasrat rakyat Malaysia yang sebenarnya. Kata Nazri, amalan biasa di Malaysia bagi menuntutu perubahan adalah melalui peti undi dan pilihan raya diadakan secara regular di Malaysia.

Khairy pula mempertahankan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah banyak memperkenalkan perubahan atas nama reformasi pilihan raya, himpunan Bersih ini, kata Khairy lagi, adalah didalangi pihak pembangkang.

Manakala Malik pula menyatakan bahawa perhimpunan Bersih yang besar itu sesungguhnya adalah manifestasi kuatnya tuntutan untuk reformasi pilihan raya itu sendiri yang datangnya dari masyarakat sivil.

Malah tambah Malik, jika pihak polis tidak mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menganggu mereka yang mahu hadir, sudah pasti lebih ramai lagi akan hadir.

Apa yang menarik adalah pengakuan Nazri apabila dikuit oleh Teymnoor, yang bertanya:

"Is there a need for electoral reform (in Malaysia)?" "Apakah perlu reformasi terhadap (sistem) pilihan raya (di Malaysia)?"

Dengan stail biasanya yang bongkak dan sombong itu Nazri menjawab: No!

Kemudian apabila terasa yang seolah-olah dia terperangkap dengan jawapan yang separuh masak itu, Nazri terikut-ikut pula rentak Khairy yang mengatakan tidak perlu "electoral reform" tetapi apa yang mungkin perlu adalah "a change in its process" (perubahan dalam prosesnya?). Tak tahulah apa beza antara kedua-duanya?

Malik membuat kesimpulan bahawa: "The fact is there are serious flaws."

Jelasnya, terdapat banyak kelemahan besar.

Kata Malik sebagai bukti, pilihlah mana-mana akhbar media perdana dan anda tidak akan dapat mendengar (membaca) langsung suara dari pihak pembangkang.

Kelihatan sumbang

Begitulah realiti apa yang ada di Malaysia hari ini dan impak dari Perhimpunan Aman Bersih tempoh hari.

Kalau Nazri mencerminkan pandangan kerajaan dan Khairy pula membawa pandangan Umno, jelas kedua-duanya tertekan dan kelihatan sumbang dalam mahu menegakkan benang yang basah.

Mereka lupa yang aksi, sikap dan jawapan mereka malam itu bukan hanya disaksikan oleh rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia.

Bagi saya rancangan "101 East" semalam telah berjaya menelanjangkan kelemahan sistem pilihan raya dan demokrasi di Malaysia. Dan yang membogelkannya untuk tontonan dunia, bukan puluhan ribu mereka yang hadir dalam Perhimpunan Aman Bersih itu Sabtu lalu, bukan Al-Jazeera, bukan juga Teymnoor atau Malik Imtiaz, tetapi yang mengaibkan dan menconteng arang ke wajah kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah Nazri dan Khairy; bayangkan kalau Zainuddin Maidin yang hadir.

Friday, November 2, 2007

MENJELANG PERHIMPUNAN UMNO, KHAIRY HARUS JAWAB 10 PERKARA

Baru-baru ini dalam Berita Harian (31 Oktober 2007) Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata dia sedia menerima sebarang kritikan terhadapnya secara terbuka terutama status sebagai menantu Perdana Menteri yang dipandang serong ramai pihak.

Dia berkata, ketika menyertai politik lebih tujuh tahun lalu dia sudah bersedia untuk segala kritikan yang dianggapnya sebagai asam garam politik.

“Apabila saya memilih bidang ini (politik) saya harus menerima dan sedia untuk segalanya. Saya bukan jenis orang yang hanya melakukan sesuatu dengan cukup syarat. Kalau itu yang saya lakukan tiada guna saya berada dalam politik.

“Rakyat akan menjadi HAKIM kepada kepemimpinan kita. Mereka boleh tidak mengundi kita pada pilihan raya jika merasa kita tidak melakukan tanggungjawab dengan baik,” tambah beliau dalam Majlis Cempaka Annual Leadership Night 2007 di Sekolah Sri Cempaka Cheras.

Bekas pelajar Oxford ini dipetik sebagai berkata, sebagai pemimpin tidak semua keputusan diambilnya difahami orang ramai sehingga menjadi sasaran kritikan.

Khairy tidak salah berkata demikian di dalam politik Umno dan politik Malaysia. Tiada undang-undang yang tidak membenarkan menantu, anak mahupun saudara mara berada di dalam politik. Bukan sahaja undang-undang Malaysia tetapi juga undang-undang di negara-negara luar juga juga tidak termaktub keluarga dilarang menyertai politik.

Tetapi Khairy tersilap apabila berkata sebagai pemimpin semua keputusan diambilnya tidak difahami orang ramai sehingga menjadi sasaran kritikan. Melainkan umat yang kurang berpendidikan atau di bawah sedar, semua faham mengenai pemimpin. Majoriti pemimpin tertinggi dunia faham tiada anak atau menantu yang menjadi ahli politik semasa mereka berkuasa. Anak dan menantu akan menjadi ahli politik sepenuh masa apabila ayah atau ibu mereka berhenti mahupun dipecat.

Yang paling hampir, semasa era Tun Dr Mahathir Muhamad, beliau tidak membenarkan anaknya Dato Mokhzani aktif di dalam politik walaupun sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda Umno. Dr Mahathir dan pemimpin tertinggi Umno yang cerdik begitu faham dengan peranan 'kuasa' seandainya anak atau menantunya terbabit dalam politik Umno. Anak dan menantu yang mahu berniaga tidak memberi impak besar kepada pemimpin tertinggi mahupun rakyat tetapi peranan 'kuasa' bukan sahaja boleh menghancurkan pemimpin terbabit bahkan parti yang didokonginya.

Oleh kerana Khairy sememangya bersedia untuk mendengarkan kritikan secara terbuka, dia perlu terlebih dahulu menjawab 10 perkara sebelum diajukan 10 perkara yang lain. 10 perkara tersebut adalah:

* Apakah kemenangan beliau tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda Umno pada tahun 2004 adalah kerana kekuatan, kewibawaan dan populariti peribadi sendiri tanpa dikenali sebagai menantu Presiden Umno?

* Apakah benar beliau tidak terbabit menjatuhkan Dato Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu yang dimenangi oleh Hj Mohd Ros @ Zulkifli Ahmad.

* Apakah sebab dengan kedudukan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan menantu kepada Presiden Umno, beliau tergesa-gesa menghantar pasport antarabangsa Dato Seri Anwar di kediaman Dato Seri Anwar di Bukit Damansara? Apakah Presiden Umno ini tidak mengetahui langsung sedangkan bekas Timbalan Presiden Umno ini akan memegang jawatan Penasihat KeADILan? Bagaimanakah perasaan Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien serta ahli Umno yang lainnya?

* Semasa Dr Mahathir menyebut mengenai penjualan MV Augusta dengan harga satu euro sahaja, hanya Khairy sahaja yang menjawab secara 'detail' semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian-bahagian pada tahun 2006 lalu. Dia hanya Naib Ketua Pemuda dan bukannya mempunyai jawatan dalam kerajaan mahupun kabinet. Kenapa bapa mentuanya tidak menjawab ketika itu?

* Apakah benar beliau tidak pernah terbabit di dalam Khazanah Holding semasa saorang individu dari negara India (kini sudah tiada) dalam meluluskan beberapa projek di luar negara? Pernahkah beliau mengarahkan segala minit mesyuarat tidak perlu dihantar kepada Dato Shahrir Samad selaku Pengerusi PAC di dalam beberapa projek di Khazanah Holding?

* Apakah benarkah beliau tidak pernah terbabit untuk menukarkan dua orang pegawai polis di KLIA dalam tempoh 24 jam kerana memeriksa pasport antarabangsanya mengambil masa yang lama? Benarkah dua orang pegawai polis terbabit kini bertugas di sekitar negeri Selangor?

* Apakah benar beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana Menteri Besar atau Menteri Kabinet supaya memberikan projek kepada kroni beliau? Begitu juga ibu beliau tidak terbabit?

* Apakah dengan pengaruhnya sekadar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, TV3 boleh menyiarkan program realiti My Team secara live pada Mei 2006 dan Oktober 2007 sedangkan untuk menyiarkan perlawanan yang membabitkan negara begitu sukar sekali?

* Apakah benar dengan pengaruhnya sekadar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, begitu kerap akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita beliau walaupun ia tidak mempunyai nilai berita (news value)?

* Apakah pekerjaan beliau sekarang sebaik sahaja melepaskan jawatan Ahli Lembaga Pengarah ECM-Libra? Adakah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno mempunyai gaji yang begitu lumayan sehingga beliau boleh bergerak merata tempat dan kononnya mempunyai beberapa orang pegawai peribadi? Kenapa kes ECM-Libra masih belum diumumkan siasatannya jika mempunyai isu yang `mencurigakan’?

Ini adalah 10 perkara yang perlu Khairy jawab sebelum 10 perkara lain akan ditimbulkan untuk mengelakkan kewibawaan dan kehebatan beliau tercalar; bukan disebabkan sebagai menantu kepada Perdana Menteri dan tidak pernah menggunakan pengaruh kuasa dalam situasi tersebut.

Khairy boleh menjawab dia bersedia dengan segala kritikan terhadap dirinya secara terbuka dan begitu juga dengan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menyebut dia bersedia mendengar kritikan walaupun pahit.

Masyarakat umum sudah mengetahui dengan sikap pemimpin dan ahli Umno terutamanya semasa berlangsungnya Persidangan Agung Umno 2007 yang bermula pada 5 November depan. Tetapi masyarakat umum akan menjawab kenyataan menantu Abdullah Ahmad Badawi yang menyebut Rakyat Akan Menjadi HAKIM kepada kepimpinan kita. Mereka BOLEH TIDAK MENGUNDI jika merasa kita tidak lakukan tanggungjawab dengan baik.

Khairy tidak perlu risau jika dia menjadi calon BN, Ahli Parlimen mahupun Adun di Negeri Sembilan. Tetapi Khairy perlu berhati-hati dan 'sedikit risau' dengan kedudukan bapa mentuanya selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Apakah rakyat kita masih menerima dengan kedudukan BN yang menang besar tetapi menghadapi kenaikkan harga gas dan taraf hidup berbanding dengan kedudukan wujudnya pembangkang yang kuat? Tepuk dada tanya selera. Mungkin Khairy yang sedang 'berselera' sekarang!

Thursday, November 1, 2007

PENEMUAN BUDU YG MENAKJUBKAN

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,
kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air
(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikro gram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika dibandingkan dengan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

So minumlah budu mcm minum air mineral...ok!!!